Obesity/Kegemukan -
Simpton kegemukkan glider bermula bila badan dia start jadi bulat cam bergedil
mula jadi malas serta tak aktif
Rawatan: homopathy
tak digalakkan. cadang belikan woodent wheel senior (Harga dalam Rm100)
dan tambah sikit-sikit alatan untuk mereka bergayut didalam sangkar
Trembling or shakiness/Bergetar atau
menggigil - Lepas bangun dari tidur, sugar glider memang menggigil dia
punya badan.Biasalah..hehehe..tapi kalau simpton ini berlanjutan, sah masalah
kekurangan kalsium
Rawatan:Beli
Calcium supplement.Beri pada peringkat awal lagi. kena jaga diet mereka.Rujuk
bantuan veterinar lepas itu.
Hair loss/Kehilangan bulu - Kalau
perasan , glider jantan mula membotak kat area kepala.Jangan risau.Dia
dah akil baligh maknanya.Tapi kalau bahagian-bahagian lain mula keguguran
bulu..Ini sudah bahaya.Serangan fungkus dan kutu mungkin dah mula landing kat
atas badan glider .Kekurangan diet yang sihat juga memungkinkan simpton ini
Rawatan: Jumpa
vetrinar/doktor haiwan lekas.
Lack of appetite./Kurang nafus makan -Penyakit
jenis ini bawa banyak makna.Sama ada dia rasa stress pada tempat baru atau
perut dia ada cacing/parasit.Jangan tak tahu pulak, dalam sayuran
yang lupa nak basuh bersih-bersih itu ada terkandung telur
cacing.Tapi kena syak kat gigi glider juga.Manalah tau kot-kot patah atau
cedera
Rawatan: kalau
jenis baru beli dan bawa balik rumah tu, normal lah.Jangan panik. Kalu dia tak
mahu makan jugak,bawa jumpa doktor haiwan untuk bagi makan ubat cacing. jangan
ngade-ngade nak bagi dia ubat cacing zentel yng jual kat guardian farmasi.
Diarrhea/Cirit birit -Berak
dia jenis berair.Kalu macam ubat gigi colgate tu, boleh berlagak cool
sikit dan tak payah nak kecoh-kecoh.Tapi kalau berak dia dah start
basah,cair,takde rupa bentuk, itu cirit namanya. Mungkin disebabkan makanan
yang baru pertama kali nak bagi kat dia.Makanan yang rosak/busuk dan
parasit juga syak jadi punca juga
Rawatan: Try
bagi dia minum Glucose supplement(beli kat kedai binatang ler) dan Gatorade
(atau apa2 minuman isotonik yang tak bergas).Campur dengan air suam sedikit.
Tambah makanan berfiber tinggi.Kalau dah tahap nazak sangat, bawa jumpa doktor
haiwan cepat terutamanya bagi peringkat joey.
Dehydration/Dehidrasi/kurang air dalam
badan - Muka dia nampak pucat.nampak ketat.Try cubit kulit balakang
leher dia.Kalau kembali ke asal, selamat.dia sihat.
Kalau
kulit dia lambat kembali pada asal,dia kurang air dan kena bagi dia minum ler.
Rawatan:Air
campur glucose dan gatorade (atau minuman isotonik tak bergas)" 1water to
1 glucose mixture ratio."
paham?
Constipation/Sembelit - Kurang
makan buah-buahan dan kurang minum air.Biasa time nak berak tu dia buat bunyi
'hissing'..perit wooo...
Rawatan: Satu
sudu kecil pure apple juice 2 kali sehari.
Urinary Tract Infection - Penyakit
susah nak kencing.Saluran kencing tersekat,masalah jangkitan kuman dan problem
buah pinggang.Ini boleh jadi bila glider makan terlalu banyak high-protein,
high-mineral diets.Seller biol tamak suruh lu bagi makan makanan kucing(cat
food).Inilah jadinya.Glider kan jadi hilang berat badan,kurang nafsu
makan,selalu haus,problem nak kencing(selalu jer terkencing,banyak pulak tu),kemaluan
macam terkeluar..kadang-kala kencing berdarah.
Rawatan: bawa
gi jumpa veterinar untuk ambil antibiotik
Hissing during urinating/Bunyi hissing
masa kencing - Bukan bermakna dia tengah syok nak kencing.Ini adalah
simpton awal kepada penyakit susah nak kencing.
Rawatan: Beli
pure cranberry juice dan berikan satu sudu kecil setiap hari.
Cloudy Eyes/Mat jadi gelap putih-putih
- Simpton awal buta,Terlalu banyak mealworms dan gua syak lu jolok
dia kuaci(sunflower seeds).
Rawatan: kurangkan
makanan yang boleh buat dia gemuk.Tukar diet dia.Buang kuaci tu.
Eye infection/Jangkitan pada mata -
Mata glider akan berair dan bertaik mata.Glider lu akan asik tidur dan mata dia
akan kelihatan lebih kecil
Rawatan: Lap
mata glider anda menggunakan cotton bite dan gunakan air yang di steril.Jumpa
veterinar untuk rawatan antibiotik atau steroids
Cold or Flu/Demam - Lu
akan perasan hidung glider akan nampak berair dan mereka selalu bersin. Bunyi
nafas jadi kuat.Hidung basah sikit takpe,tak jadi kecoh tapi kalau dah berat
sangatberairnya, itu demam selesema
Rawatan:Gua
syak lu suka pasang aircond kuat-kuat.Sangkar@cage sugar glider jadi lembab.Bau
hapak.Jumpa veterinar.Kasik up vitamin C macam jus oren tau buah kiwi.
Hind Leg paralysis - Kelemahan
pada kaki bahagian belakang.
Nampak
sangan masa dia tengah memanjat, berjalan..macam Elvis Presley buat dance masa
nyanyi tak jadi.
Dia
mungkin akan give up untuk berjalan selama-lamanya.
Rawatan: Kurang
kalsium.Jumpa veterinar atau doktor haiwan.Tukar diet glider. Include calcium
supplements sekali.
No comments:
Post a Comment